Makluman Terkini

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..semoga amalan dan kerjabuat kita diberkati oleh allah s.w.t ============================================ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Berita

Maklumat Pendidikan Khas SK Tawang

SEJARAH PENUBUHAN PPKI SK TAWANG


Di tubuhkan pada 02/01/2008. Pada masa itu tiada kelas untuk di berikan kepada PPKI ini maka, kelas ini ditangguhkan terlebih dahulu.

Pada 13/07/2008, PPKI telah diberikan satu ruang kelas yang dahulunya digunakan oleh Guru Kaunseling. Oleh yang demikian kelas ppki dapat dibuka pada 03/08/08

Guru PPKI yang pertama adalah Md Arif Majid. Dan seorang pembantu Pn Norazila dan dikuti oleh Abd Jalil. Pada 1/7/2008 seorang guru gstt telah dihantar ke sekolah ini. Sehingga hari ini PPKI mempunyai 2 guru dan 2 pembantu. Murid seramai 8 orang sahaja.




VISI PPKI SK TAWANG

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid – murid dengan keperluan khas untuk mengembangkan bakat dan potensi serta mampu mengurus diri dan menguasai 3M

( Membaca, menulis dan mengira ).



MISI PPKI SK TAWANG

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid – murid dengan keperluan khas untuk melahirkan insan yang dapat berdikari berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.


OBJEKTIF PPKI SK TAWANG

Bimbingan yang berterusan mengikut keupayaan dan kemampuan murid.

Mengembangkan bakat dan potensi murid mengikut minat masing – masing.

Murid mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat muridd berkeperluan khas kepada pembelajaran.

Murid mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.


Thursday, November 13, 2008

KlipVideo

video

Lagu saya ada kuda ini dapat menarik minat murid - murid pendidikan khas sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

No comments: