Makluman Terkini

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..semoga amalan dan kerjabuat kita diberkati oleh allah s.w.t ============================================ Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Berita

Maklumat Pendidikan Khas SK Tawang

SEJARAH PENUBUHAN PPKI SK TAWANG


Di tubuhkan pada 02/01/2008. Pada masa itu tiada kelas untuk di berikan kepada PPKI ini maka, kelas ini ditangguhkan terlebih dahulu.

Pada 13/07/2008, PPKI telah diberikan satu ruang kelas yang dahulunya digunakan oleh Guru Kaunseling. Oleh yang demikian kelas ppki dapat dibuka pada 03/08/08

Guru PPKI yang pertama adalah Md Arif Majid. Dan seorang pembantu Pn Norazila dan dikuti oleh Abd Jalil. Pada 1/7/2008 seorang guru gstt telah dihantar ke sekolah ini. Sehingga hari ini PPKI mempunyai 2 guru dan 2 pembantu. Murid seramai 8 orang sahaja.




VISI PPKI SK TAWANG

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid – murid dengan keperluan khas untuk mengembangkan bakat dan potensi serta mampu mengurus diri dan menguasai 3M

( Membaca, menulis dan mengira ).



MISI PPKI SK TAWANG

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid – murid dengan keperluan khas untuk melahirkan insan yang dapat berdikari berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.


OBJEKTIF PPKI SK TAWANG

Bimbingan yang berterusan mengikut keupayaan dan kemampuan murid.

Mengembangkan bakat dan potensi murid mengikut minat masing – masing.

Murid mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat muridd berkeperluan khas kepada pembelajaran.

Murid mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di alam persekolahan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.


Wednesday, November 12, 2008

Akta Pendidikan Khas Di Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Bilangan murid pendidikan khas rendah dan menengah di seluruh
Malaysia adalah seramai 2912, manakala guru pula ialah seramai 630. Terdapat sebanyak 28 buah sekolah rendah, iaitu lima(kanak-kanak buta), dan 23 (kanak-kanak pekak). Manakala bagi sekolah menengah rendah pula, terdapat tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu, satu (kanak-kanak buta) dan tiga (kanak-kanak pekak). Bilangan murid pendidikan khas integrasi pula adalah seramai 11 961, manakala gurunya pula adalah seramai 2587 orang

No comments: